Jemputan on air di nasionalfm part 2



Alhamdulillah! 
pada 30 mei 2016 baru baru ini azie telah berjaya menamatkan 5 minggu berturut turut on air di radio nasionalfm, rtm dalam slot aura #serlahpancarananggundiri setiap isnin jam 12.15pm

minggu pertama dan kedua azie ada berkongsikan cerita di sini

sepatutnya azie diberitahu akan keudara selama 4 minggu sahaja kerana cukupkan sebulan tetapi penerbit minta untuk lanjutkan lagi seminggu sebelum ramadhan.

Alhamdulillah pengalaman yang cukup mengujakan!

sebenarnya apabila kita diberi kepercayaan dan tanggungjawab serta amanah untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai, bukanlah perhatian, keseronokan serta glamor yang menjadi fokus utama. ia lebih kepada mencabar diri untuk menimba pengalaman dan peningkatan kerjaya

betul orang kata, jika tunggu ilmu cukup untuk sebarkannya, sampai bila-bila pun ilmu itu tidak akan cukup.. Ilmu itu terlalau luas! semakin digali ilmu, semakin banyak yang kita tidak tahu

sebab itu apabila dibukakan ruang dan peluang ini, azie tidak lepaskannya!

setiap minggu apabila diberitahu tentang tajuk yang akan keudara, azie cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. 

walaupun masih baru di dalam bidang ini (rundingan imej), masih hijau, masih cetek ilmu tetapi azie usaha dan sedia untuk berkongsi dengan niat  untuk dakwah kecil serta berjihad menambahnilai kehidupan orang lain dengan ilmu yang kita ada.

harapan azie moga segala perkongsian itu dapat memberi manfaat buat semua dan dapat menambahnilai kehidupan masing masing! aamiin

 topik minggu ke 3 : "Bina impresi melalui bahasa badan"
topik minggu ke 4 : "Wangian serlah aura diri"
topik minggu ke 5 : "Komunikasi pelengkap imej positif"



















NOTA TANGAN : Ilmu akan bertambah jika dikongsi









No comments:

Post a Comment