Jemputan ceramah untuk PTPK



sebaik tamatnya program IMEJ & KETRAMPILAN ABC untuk MARA selama 3 hari, azie terus berlari untuk memenuhi jemputan ceramah bagi slot BEAUTY & SKINCARE untuk perbadanan tabung pembangunan kemahiran (PTPK) di bawah kendalian cutecarry sdn bhd.

program tersebut berlangsung selama 2 hari di royal hotel tapi azie diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot beauty dan skincare selama 2 jam.

memberikan ceramah dalam slot beauty & skincare adalah sesuatu yang baru dalam diri azie tetapi alhamdulillah pengalaman dan pengetahuan azie membolehkan azie memberikan yang terbaik untuk peserta.

image dan beauty adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dalam penampilan seseorang, maka ianya perlu seiring dalam pemberian ilmu dan pengetahuan setiap orang.

moga kita semua cantik luar dan dalam, berilmu serta yakin dalam setiap apa yang kita lakukan.. aamiin








NOTA TANGAN : cantik wajah, cantik iman, maka keseluruhan cantik!




No comments:

Post a Comment