on air di nasionalfm


Alhamdulillah! 
baru baru ini azie telah dijemput oleh sebuah stesen radio untuk bersiaran dalam rancangan mereka sebagai perunding imej untuk berkongsi ilmu dengan topik topik menarik dengan pendengar.

ini bukanlah kali pertama azie dijemput dan bersiaran di stesen radio.. sebelum ini pernah azie kongsikannya di sini dan di sini 

ini bermakna jemputan ini adalah kali ketiga azie terima untuk bersiaran di radio.. tetapi jemputan kali ini agak berbeza kerana jika sebelum ini hanya bersiaran dalam radio online, tetapi ini kali pertama azie dijemput dalam stesen radio berfrekuensi iaitu Nasionalfm, RTM

azie dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pendengar dalam slot aura #serlahpancarananggundiri yang bersiaran setiap hari isnin jam 12.15pm

dan yang lebih menarik dan teruja, azie terus dioffer untuk melengkapkan slot tersebut selama sebulan iaitu 4minggu dengan pelbagai topik berbeza setiap minggu.. alhamdulillah syukur! kepercayaan itu amatlah azie hargai.

Hari ini, 9 Mei 2016 adalah minggu kedua azie bersiaran bersama mereka dengan topik "Hijab Style 3S" dan sebelum itu buat kali pertama dengan topik "cantik dengan berzumba"

dan minggu seterusnya topik yang berbeza akan azie kongsikan.ada lagi 2 minggu untuk azie on air dan jangan lupa dengarkan ya :)
 









Dalam apa jua yang azie lakukan, selalunya azie sememangnya meletakkan matlamat impian di hadapan. 

jika sebelum ini azie pernah keluar majalah, suratkhabar, keluar tv dan radio online dengan jenama diri Azie fazieda collections tetapi dengan kerjaya baharu azie sebagai perunding imej ini, azie berimpian untuk on air di radio berfrekuensi untuk berkongsi ilmu bukan untuk menjual produk.. 

sentiasa mahukan perbezaan pengalaman dan membuat improvement disetiap apa yang dilakukan dalam kehidupan ini. dan alhamdulillah!

the power of impian!

dan tanpa disangka impian itu tercapai dengan secepat ini, di saat azie masih baharu dan juga sedang belajar 


Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban
semoga segala perkongsian itu memberi manfaat buat semua







NOTA TANGAN : kepuasan dan keseronokan orang keliling juga menjadi faktor utama dalam setiap keputusan









No comments:

Post a Comment