BERLIAN yang berharga itu...



Satu hari nanti, kita pasti akan berbangga dengan kecekalan dan semangat tidak putus asa kita hari ini..

Satu hari nanti, kita akan mula berterima kasih pada diri sebab pilih untuk bertahan dan terus berjalan walau seberat mana cabaran yang datang dalam hidup demi sebuah IMPIAN..

Sebab semakin besar dan berat cabaran itu.. semakin indah dan bermakna impian yang dicapai..

Impian yang tercapai hanyalah bonus, tapi hasil dari proses perjalanan mencapai impian itu yang kita mahukan.. miliki peribadi yang lebih kreatif, lebih dewasa, lebih bijaksana, lebih sabar dan penuh belas kasih dalam perjalanan menuju Redha-Nya..

Benar kata guru,
  BERLIAN yang berharga tu bukan kerana cantik dan indah rupanya, tetapi kerana sukar untuk mendapatkannya... Dan terlalu lama proses penghasilannya.. Lalu ia menjadikan berlian sangat 'rare', sangat istimewa dan sangat mahal!
Jadi hari ini, jika kita ada rasa mahu 'give up' atau mahu berhenti dari mengejar impian..

ingatlah! 
Hari ini adalah hari yang penting buat kita..💪💪💪

Tanya diri.. "Adakah aku pilih hanya menjadi batu-batuan biasa atau menjadi BERLIAN yang SANGAT BERHARGA?"😊
Pilihan kita hari ini yang menentukan siapa kita satu masa nanti..
Pilihan di tangan kita!!
Senyumlah selalu.. 😊
Kerana Allah masih sayangkan kita..










 NOTA TANGAN : Moga pilihan yang kita lakukan itu dilandasan yang benar



No comments:

Post a Comment