Allah tidak takdirkan tanpa tujuan



Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, Allah tidak takdirkan tanpa tujuan.. 

Carilah apa tujuan itu... 

InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa bertujuan..
Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan..

Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan...
Allah mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini..

Tujuannya?

Untuk kita menjadi lebih baik... sebagai hamba Allah dan Khalifah..
hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri 
ia lebih dari itu

ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
semakin banyak diterima, semakin banyak memberi

Jangan dengar apa orang kata pada kita..
Sebab mereka tak berjalan dalam kasut yg sama..

Pekakkan telinga, pejamkan mata..
Bayangkan wajah-wajah yang tercinta...
fikirkanlah mereka yang sentiasa bersama...

Lalu istighfar dan berselawatlah..
Bangun dan teruskan berjalan berpaksikan Tuhan..

InsyaAllah kita akan temui kejayaan dan juga kebahagian hakiki nikmat yang bukan semua orang boleh rasa









NOTA TANGAN : mencari hikmah dengan istiqomah






No comments:

Post a Comment