Jemputan ceramah di UITM, puncak alam


2014 bakal melabuhkan tirainya!

Dan untuk penutup tahun ini azie ada menerima jemputan bisnes talk untuk yang terakhir tahun ini.. inshaAllah selepas ini menanti detik tahun 2015 dengan perancangan rapi yang telah tersedia. Persediaan mental dan fizikal serta perancangan yang teliti menghadapi cabaran yang lebih hebat! InshaAllah!

Berbalik kepada jemputan bisnes talk adalah jemputan daripada pelajar last sem untuk subjek keusahawanan di uitm, puncak alam.



Kebiasaan azie esok nak kasi talk, malam ni baru buat slide! Hehehe.. azie la tu.. tapiii buat slide je malam tu.. bahan dan rujukan lama dah buat.. sejak terima surat jemputan, azie dah siap2 buat reference sume..

Almaklum la, awak nak kasi ilmu kat orang kan.. mesti la siap siaga dari awai.. ^_^ azie alert sket bab macam ni.. mesti buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan! Kepercayaan itu yang paling berharga! ♥

Hmmm rasa tak percaya ini kali ke 5 azie dipanggil buat talk bisnes di universiti.. kerjaya aturan Tuhan tanpa dirancang! Tak pernah terfikir sejauh ini azie pergi.. Allahuakhbar!

Dari azie tak pandai public speaking sehinggalah sekarang orang panggil on da sport utk kasi talk pun boleh.. dari 10 orang audien sehingga 1000 orang audien azie berdepan.. tak pernah belajar teori.. semuanya belajar dari pengalaman.. cabar diri amik peluang depan mata.. nak taknak aku pasti boleh!!! Itu yang sentiasa semat dalam hati dalam kepala ^_^

ini kali kedua UITM jemput azie.. kalau sebelum ni di UITM shah alam yang azie ceritakan di sini dan kali ini di UITM, puncak alam..

alhamdulillah! azie semakin menyintai dunia kerjaya ini.. kerjaya aturan Tuhan yang tidak pernah azie terfikir sama sekali.. selain dapat mencabar diri bercakap dengan ramai orang, azie dapat memberi manfaat kepada ramai orang dengan memberikan ilmu di atas pengalaman yang dilalui sebelum ini! dapat membantu mereka yang dahagakan ilmu dalam perniagaan.. syukur dipilih untuk merasai nikmat seorang penceramah seperti ini walaupun sebenarnya azie bukan siapa-siapa.




setiap kali dapat jemputan untuk memberi ceramah, azie rasakan azie memegang tanggungjawab yang amat besar dalam tugasan. dan setiap kali itulah azie akan buat research, study, reference dan sebagainya! kadang sampai keseluruhan masa azie digunakan untuk membuat ulangkaji shj sehingga hari ceramah tersebut. tapi yang pelik dan paling best azie sangat happy dengan apa yang azie buat.. kena study, buat slide dan so on sume kena prepare tapi prepare dengan keadaan yang sangat gembira! sampai pada 1 tahap azie sangat tidak sabar menanti hari yang ditunggu-tunggu itu.. hihihi

yesss this is my passion now!  
azie jerit dalam hati!


 








 

 selepas habis membuat talk bisnes dan sesi soal jawab bersama pensyarah dan pelajar, tetiba ada seorang peserta keluar dan masuk semula dengan bawak sehelai pashmina milik seorang pensyarah.. kemudian mereka meminta untuk azie buat demo hijab style! suasana gamat seketika.. semua peserta wanita bertepuk tangan bersorak tanda seronok.. sangat happening! peserta lelaki pula diarahkan untuk keluar kelas bagi menghormati slot tambahan ini..

azie agak terkejut tapi gembira apabila mereka mempercayai azie untuk membuat demo hijab styling ini.. syukur! keadaan sangat happy seperti sudah lama mengenali.. inilah nikmatnya dengan bersilaturrahim apabila kita melihat mereka tersenyum puas hati serta seronok dengan apa adanya kita.. best!



 







 azie membuat 5 gaya ikatan shawls pashmina dan bawal satin.. alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan! banyak tips pemakaian dan pemilihan hijab yang mereka tanyakan.. moga ianya memberi manfaat kepada meraka! 

dan buat pengetahuan semua peserta yang menjadi model berbaju kemeja tersebut belum berhijab, tapi merelakan dirinya untuk menjadi model pada hari itu.. setelah dipakaikan hijab, beliau sangat teruja, seronok dan terus memakainya tanpa buka.. pashmina yang dipakaikan itu juga diberikan terus kepadanya oleh pensyarah.. jujur dari hati dia mengatakan berazam mahu memakai hijab suatu hari nanti.. inshaAllah moga dipermudahkan urusannya! 





 







Tiada apa yang diharapkan apabila selesai tugasan yang diberikan.. cukup moga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat semua! moga ianya menjadi titik tolak untuk mereka mengecapi kejayaan seterusnya.. inshaAllah aamiin 




NOTA TANGAN : memantapkan ilmu di masa akan datang





No comments:

Post a Comment