Hello Disember 2014!




Allah Mahu Kita Perbaiki Bahagian Rumah Yang Bocor.

Alhamdulillah. Kita sudah tiba di bulan terakhir tahun ini. Apa kata kita duduk dan berfikir sebentar...



+ Apakah yang kita sasarkan dan sudah capai?

+ Apakah yang kita lakukan berbeza berbanding tahun 2013 yang menyebabkan kita capai perkara tersebut?

+ Apakah yang kita masih lakukan sama menyebabkan beberapa sasaran lain tertangguh?

+ Apakah perkara bagus yang lain yang tidak kita sasarkan tetapi kita capai tahun ini?


 
Saya percaya kepada kuasa tabiat positif. Saya percaya Allah tidak akan mensia-siakan sesiapa yang sudah berusaha bersungguh-sungguh.

 Ada ketikanya kita beria-ia minta panas, namun Allah datangkan hujan mencurah-curah supaya kita sedar ada bahagian rumah kita yang sudah bocor.




NOTA TANGAN :
Setiap detik yang bakal dilalui telah dirancang sebaiknya! Tapi yakinlah setiap perancangan kita itu dengan cita cita tapi perancangan Allah itu dengan cintaNya..





No comments:

Post a Comment