muslimah itu.....




Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , 

terkadang juga minum berdiri , 
terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .

Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai terlompat terkinja smbil tersenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun-bangun lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju-laju without mercy .

Muslimah itu ,
adalah manusia biasa ,
yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,
yang tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba ,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yang tak lari dari buat khilaf dan dosa .

Kerana apa ?
Kerana dia juga manusia biasa . 

Apa-apa pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nak improve diri ,
dari semasa ke semasa tanpa henti , walau terkadang dia tersungkur , itu bukan kerana dia lemah ,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,
jadi kuat dari sebelumnya ,
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,

insyaAllah :')





NOTA TANGAN : moga diberi kekuatan dan semangat untuk menjadi muslimah sejati










No comments:

Post a Comment