Juri pertandingan


#throwback entry
over a year ago


Kerana ketagihan mengupdate blog yang melampau lately, kali ni azie nak buat entry throwback.. ngeee.. ha ni la azie.. bila bersemangat, memang sungguh-sungguh buat.. sampai takde entry nak cerita pun sanggup nak cerita hal lama.. hihihi.. harapannya biarlah semangat ini berterusan sampai bila-bila.. azie ni kalau da stat berhenti buat, memang amik masa nak mula balik.. so selagi ada idea dan cerita yang nak dikongsikan, layankan aje jari mengetuk keyboard ini sepuasnya.. heeee

asalkan cerita tak merepek dan meraban ntah pape, teruskan aje (even ada jugak kadang-kadang terepek teraban ^_^).. atleast ada isi jugak nak kongsikan dengan mereka yang sudi menjengah ke rumah maya azie ni.. =>

yang pasti kisah ini adalah antara pengalaman manis yang telah azie lalui.. ^_^

Tak pernah terfikir, tak pernah terdetik dalam usia perniagaan azie yang orang kata baru nak bertunas ni, azie akan dijemput dan diberi mandat kepercayaan oleh mereka untuk menjadi JURI pertandingan.. JURI beb JURI tuuuu.. JURI means hakim, penilai, and so on.. fuhh memang azie terkejut apabila dapat jemputan oleh seorang sahabat dalam FB dan juga sahabat semasa di USM (Rizal).. rasa nak percaya ke idok ni bila di offer.. hehehe.. azie siap cakap dengan sahabat tu, "ko pikir betul-betul nak jemput aku sebelum aku terima tawaran ni ye" hahaha

Setelah diyakinkan oleh sahabat tersebut, azie mula akui, YA INI RUANG DAN PELUANG REZEKI YANG ALLAH ATURKAN!

Azie terima dengan rasa penuh kebanggaan, dengan hati penuh semangat, dengan hati yang penuh berkobar-kobar, dengan hati yang penuh bunga-bunga dan yang pasti dengan hati yang penuh rasa syukur pada yang MAHA perancang.. syukran ya Allah atas nikmat rasa ini. 

Rasa itu hanya Tuhan yang tahu kerana rasa diri dihargai apabila kita diberi peluang merasai pengalaman bagaimana diberi tanggungjawab itu.. BERDEBAR? ya itu pasti! 1st time pengalaman dan amanah utk tanggungjawab yang besar.. Lagi-lagi azie dapat tentatif program yang mana, azie akan digandingkan dengan ALLY ISKANDAR.. pehhhh.. luluh hati rasa.. hahaha

Tiba saat dan masanya, azie sampai la ke UPNM (universiti pertahanan nasional malaysia).. eh lupa nak habaq, azie jadi juri pertandingan ratu hijab dan lelaki kacak bergaya sempena hari konvokesyen.. Peserta terdiri daripada pelajar UPNM sendiri.. Peserta lebih kurang dalam 20 orang.. 10 lelaki dan 10 wanita.. Peserta perlu menggayakan busana dan juga diuji IQ dengan soalan isu semasa yang diberikan oleh juri.. JURI? azie la tu.. heeee

Teruja nak jumpa Ally Iskandar jugak actually.. heee.. tapi hampa.. hampa sangat apabila diberitahu Ally Iskandar tak dapat nak hadirkan diri dan digantikan dengan seseorang personaliti lelaki lain.. siapa ek? ngeee.. ADAM SHAH. kenal? mesti tak kan? hehehe Mula-mula azie tengok pun tak kenal.. pahtu bila digandingkan, bersembang, bermesra, bercakap.. sumpah azie tak kenal jugak.. hahaha.. katanya pelakon.. tapi azie masih tak cam.. *nampak sangat, tv kat rumah tu hiasan semata ^_^ Then bila balik rumah, terus search tengok dia berlakon apa.. wah femes jugak dia ni.. tapi? napa azie tak kenal? ok abaikan persoalan itu tanpa jawapan :p

 Dan berlangsunglah event itu dengan meriah dan lancar.. Alhamdulillah.. rasa? masa tu azie rasa sangat happy, enjoy dan sangat best!

ok jom layan gambar.. sedih actually, masa ni DSLR en somi buat hal.. gambar tak berapa nak menjadi dan tak cantik sangat.. ish potong stim betui la! tapi nasib ada jugak kenangan dan pengalaman tersebut :)



 





 





 

 

 

 

 





 




NOTA TANGAN : Yang membezakan keindahan hidup masing-masing adalah pengalaman.. :)





No comments:

Post a Comment