Jemputan pensyarah industri di politeknik



Assalamualaikum!

Selamat tahun baru 2014! rasanya belum terlambat lagi untuk azie mengucapkan tahun baru.. baru hari kedua kita masuk tahun 2014.. Alhamdulillah.. apa azam anda tahun ini? dah listkan ke? belum? isk isk isk.. korang mesti list down taw impian kita kat kertas sebab ada fakta menyatakan impian yang bertulis itu peratusan untuk kita menggapainya sangat tinggi.. jadi apa tunggu lagi? jom list down skg! 

ok azie bukan nak cerita tentang tahun baru tapi entry ini azie nak cerita tentang penutup tahun 2013 bagi azie dan suami.. heee,, syukur sangat kerana penutup tahun 2013 ini sangat-sangat happy dan pengalaman yang sangat bermakna. alhamdulillah kami terpilih untuk merasai pengalaman ini..

 segalanya bermula daripada kawan azie (LEEN) di USM dulu memberitahu azie bahawa dia mahu menjemput azie ke politeknik di mana dia mengajar untuk memberikan ceramah tentang perniagaan. pada mulanya azie agak terkejut dan ragu-ragu akan tawaran ini.. yelakan pensyarah tu beb.. kena bersyarah kat student.. giler tak hebat! *walaupun cita-cita azie sebelum ni nak jadi pensyarah tapi masih belum kesampaian.. hehehe

azie rasakan tidak layak dan berat tanggungjawab serta terlalu tinggi kepercayaan yang diberikan kerana masih belum berjaya dan hanya ada sedikit pengalaman dan masih belajar dalam selok belok berbisnes.. azie minta pendapat en somi tentang tawaran ini.. tapi seperti biasa en somi sangat-sangat support dalam segala hal.. dia mengatakan bahawa ini peluang yang perlu grab dan ini adalah kepercayaan yang orang lain kasi untuk azie.. maka bersyukurlah dan jangan lepaskan peluang ini..

Peluang yang Besar Itu datang Secara Tiba-tiba... datang Tidak Menentu Masa...Datang disaat Kita Kesempitan atau kesusahan.. Nilailah Peluang yang besar itu secara bijaksana.. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu Boleh Berlalu dengan tiba-tiba.. Jangan jadikan seribu alasan untuk Tidak merebut peluang yang besar itu..

Bila dah ada yang support, azie rasa sangat bersemangat dan terus bersetuju dengan tawaran ini.. ya! azie menerima tawaran ini bukan merasakan diri terlalu hebat tetapi azie percaya ini adalah amanah Tuhan dan rezeki daripadaNya untuk azie berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada ini untuk membantu orang lain.. azie juga mahu cabar diri dan menimba pengalaman dalam pelbagai kemahiran. :)



 actually ini kali kedua azie dijemput sebagai penceramah dalam bidang bisnes.. tentang yang pertama, azie ada berkongsi di SINI dan di SINI

 Apabila disebut tentang perniagaan pereka grafik dan untuk pelajar grafik di politeknik muadzam shah, azie merasakan ada yang lebih layak untuk memberikan ceramah ini.. walaupun azie juga dalam bidang grafik dan berkelulusan grafik tapi azie lebih pakar dalam bidang fashion berbanding bidang grafik.. tetapi yang azie katakan lebih pakar dalam bidang yang ditawarkan adalah EN SOMI.. dia lebih berhak dan lebih berpengalaman dalam bidang ini kerana dia 100% melakukan kerja dan bisnes grafik.. so disebabkan dia lebih layak dan bukannya orang lain.. azie minta untuk dia lead program ini.. dan ada session untuk azie sharing dalam bisnes jugak.. seronok kan bila suami isteri di bidang yang sama.. boleh berkolaborasi dalam pelbagai aspek! ^_^

apabila telah berbincang dengan pihak penganjur, mereka bersetuju dalam program itu ada 2 penceramah.. alhamdulillah.. kebetulan en somi juga memang ada talent dalam memberikan ceramah dan lagi-lagi dalam bidang yang dia ceburi.. jadi azie dapat rasakan ianya lebih bermanfaat buat semua peserta.. semangat untuk berkongsi pengalaman dan memberikan sedikit ilmu memang sangat mengujakan. 2 minggu kami study dan berbincang sebelum berlangsungnya program untuk memberikan yang terbaik untuk semua..

Alhamdulillah, apabila tiba masanya program tersebut, semuanya berjalan dengan lancar.. Bertuah melihat semua staf dan pelajar menerima kami dengan harapan yang sangat tinggi.. Seronok tengok semua peserta enjoy dan sporting.. semangat apabila lihat mereka bersungguh untuk mempelajari sesuatu.. dan yang paling terharu, layanan mereka memang sangat terbaik.. sungguh kami rasa sangat dihargai!

SUMPAH, ini adalah pengalaman yang sangat bermakna buat azie dan en somi.. kami berharap agar usaha pihak penganjur mewujudkan program ini memberikan manfaat buat semua peserta juga untuk pihak penganjur sendiri.. Moga dengan sedikit pengalaman kami juga sedikit ilmu yang diberikan mampu mengubah fikiran dan masa depan semua peserta.. aminn.. ^_^

sebelum program wajib selfie dulu.. hehee

































NOTA TANGAN : Tidak pernah sangka dan terfikir sebelum ini, pengalaman dan kisah hidup yang dilalui akan menjadi VALUE kepada orang ramai.. inshaAllah, akan ku jaga amanah ini dan cuba membantu ramai orang yang memerlukan..











No comments:

Post a Comment